Monday 20 January 2014

Membina Rumah Idaman


 ASSALAMUALAIKUM...SALAM CERIA :)
Hari ni rasa nak kongsi satu ilmu yg saya dapat hasil dari pembacaan saya. Moga bermanfaat buat semua kawan kawan di luar sana. Berdasarkan tajuk entry di atas, apa yg ingin saya kongsikan adalah bagaimana kita ingin membuat anggaran kos pembinaan rumah yg diidamkan di atas sekeping tanah yg dimiliki :)

 Sebenarnya, ini hanya merupakan harga anggaran kasar, kos pembinaan  sesebuah rumah sentiasa berubah mengikut kos bahan binaan semasa dan pengalaman serta kepakaran kontraktor berbeza di setiap kawasan.
Berikut saya kongsikan cara pengiraan Anggaran Kos Pembinaan Banglo berdasarkan harga pembinaan perkaki persegi di tempat anda (Sila dapatkan daripada kontraktor). Bagi mendapatkan kos anggaran kasar bagi rumah, berikut 2 langkah mudah yang perlu anda ketahui iaitu :


Langkah 1 : Tentukan jumlah keluasan rumah yang akan dibina.

Pada setiap pelan rumah anda perlu memdapatkan saiz keluasan lantai pelan dari segi binaan bersih dan binaan terbuka. Sebagai contoh dari gambar pelan dibawah:

 

























Keluasan lantai rumah.   =  luas lantai bersih + luas luaran berbumbung
                                        atau tiada dinding
                                    =  992kp ( 92.2mp ) + 395kp ( 36.7mp – TLK
                                                                                     + terterbuka)
                                    = 1,387kp (128.9mp)


Langkah 2 : Kiraan kos pasaran bagi membina rumah perkaki persegi .
Kebiasaannya harga minimum bagi seiap pembinaan rumah adalah RM80 perkaki persegi di kawasan kampung, manakala RM120 perkaki persegi dikawasan bandar.

Walaubagaimanpun harga bagi kaki persegi itu turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti berikut:

A. Lokasi rumah (kampung atau bandar)
B. Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian rumah
C. Reka bentuk pelan dan fasad
D. Tanah lot rumah rata atau cerun
E. Kontraktor yang dipilih berdasarkan pengalaman, kepakaran dan hasil kualiti binaan

Anggaran kos bagi kaki persegi.
A. RM80 - 100/kp : kualiti dankemasan kurang mewah
B. RM110 - 150/kp : kualiti dan kemasan sederhana mewah
C. RM160 - 200/kp : kualiti dan kemasan mewah
D. RM210/kp keatas : kualiti dan kemasan paling mewah

Dari maklumat diatas, dibawah ini adalah contoh pengiraan bagi mendapatkan kos anggaran pembinaan rumah.


Keluasan lantai  rumah = luas lantai bersih + luas luaran berbumbung atau tiada dinding
                                  = 992kp ( 92.2mp ) + 395kp ( 36.7mp – TLK + teres terbuka) 
                                 = 1,387kp (128.9mp)  

Contoh kiraan 1           : luas lantai kasar x harga/kp
                                     = 1387kp x RM80
                                     = RM110,960.00

Contoh kiraan 2           :(luas lantai bersih x harga/kp) + (luas luaran berbumbung atau tiada dinding x 0.5 harga/kp)
                                     =(992kp x RM80)  +  (395kp x 0.5 x RM80)
                                     =RM79,360.00 + RM15,800.00
                                     =RM 95,160.00

Anda lihat, untuk membina rumah dengan keluasan kira-kira 1400kp, modal yang kita perlukan hanyalah kira-kira RM115K sahaja berbanding jika anda membeli terus dari pemaju perumahan, saya rasa harga jualan untuk rumah setingkat seperti design diatas pasti tidak kurang dari RM250K. Jika anda membina sendiri bukan sahaja dapat keluasan tanah yang lebih luas (dalam kes kami 50x100 = RM65K), malahan dengan design citarasa sendiri. Secara kasarnya jumlah keseluruhan jika kami ingin membina rumah dengan design diatas adalah masih lagi dibawah RM200K (RM115K+65K). Renung-renungkan dan selamat beramal .. :)

 NOTA KAKI : Bagi mendapatkan harga kos anggaran yg lebih tepat, kita perlu mendapatkan kos anggaran daripada minima 3kontraktor berdasarkan pelan relabentuk rumah idaman anda yg sama :)

(Rujukan : pelanbanglo.com)

1 comment: