Monday 27 January 2014

Setiap Yang Bernyawa Pasti Merasa Mati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

 
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
 

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.


Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
 

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati 'amma ya sifun wassallamu 'alalmursalin walhamdulillahi rabbil 'alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati –

 “Kullu nafsin zaa iqatul maut”

Semalam 26 Januari 2014 @ 24 Rabiulawal 1435 H....telah kembalinya datuk di sebelah emak ke rahmatullah...Moga rohnya tenang di sana..ameen...





Tuesday 21 January 2014

Kembara Menyusukan Hannan

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Since ini entry pertama saya tentang kembara menyusukan sumayyah hanan, saya nak kongsi beberapa perkara terlebih dahulu sebelum kita mengembara lebih jauh ya ♥

Buat kawan kawan yang tengah menunggu si comel anda keluar dari alam rahimnya untuk melihat dunia, berniatlah dari sekarang untuk menyusukan si comel anda itu dengan susu ibu. Ini kerana :-
Susu ibu adalah susu terbaik di dunia..
Susu ibu adalah anugerah terindah dari allah swt..
Susu ibu adalah hak setiap anak yg dilahirkan di dunia ini..

Seterusnya berdoalah agar dimurahkan rezeki anak anda untuk menikmati susu ibunya hingga usianya 2tahun.
Ini antara doa yang saya amalkan sejak saya mula mula mengandung dulu..masa tu baru buat UPT and it was positive!!! Alhamdulillah doa saya dan suami untuk memperolehi zuriat sebagai penyejuk mata dan sebagai mata mata rantai perjuangan rasulullah saw diperkenankan allah swt.

     " Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah urusanku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Ameen.."

Selain daripada itu, surah al Hujurat juga antara surah yang sering saya amalkan ketika mengandung dan selalu lah berdoa agar allah swt murahkan rezeki kita, anak kita, dan banyakkan susu kita :)

Last but not least....peranan suami juga amat amat amat penting dalam menjayakan misi kembara ini. Betapa saya menekankan peranan ayah hannan kan..hehehe. Insyaallah saya akan ulas hal ini dalam entry yang lain k :)

Moga allah memberkati niat dan usaha kita.



Lunch time semalam punya cerita


*Sekarang ni asyik pening pening dan loya loya la...adakah???? Jeng jeng jeng.... @_@





Monday 20 January 2014

Membina Rumah Idaman


 ASSALAMUALAIKUM...SALAM CERIA :)
Hari ni rasa nak kongsi satu ilmu yg saya dapat hasil dari pembacaan saya. Moga bermanfaat buat semua kawan kawan di luar sana. Berdasarkan tajuk entry di atas, apa yg ingin saya kongsikan adalah bagaimana kita ingin membuat anggaran kos pembinaan rumah yg diidamkan di atas sekeping tanah yg dimiliki :)

 Sebenarnya, ini hanya merupakan harga anggaran kasar, kos pembinaan  sesebuah rumah sentiasa berubah mengikut kos bahan binaan semasa dan pengalaman serta kepakaran kontraktor berbeza di setiap kawasan.
Berikut saya kongsikan cara pengiraan Anggaran Kos Pembinaan Banglo berdasarkan harga pembinaan perkaki persegi di tempat anda (Sila dapatkan daripada kontraktor). Bagi mendapatkan kos anggaran kasar bagi rumah, berikut 2 langkah mudah yang perlu anda ketahui iaitu :


Langkah 1 : Tentukan jumlah keluasan rumah yang akan dibina.

Pada setiap pelan rumah anda perlu memdapatkan saiz keluasan lantai pelan dari segi binaan bersih dan binaan terbuka. Sebagai contoh dari gambar pelan dibawah:

 

























Keluasan lantai rumah.   =  luas lantai bersih + luas luaran berbumbung
                                        atau tiada dinding
                                    =  992kp ( 92.2mp ) + 395kp ( 36.7mp – TLK
                                                                                     + terterbuka)
                                    = 1,387kp (128.9mp)


Langkah 2 : Kiraan kos pasaran bagi membina rumah perkaki persegi .
Kebiasaannya harga minimum bagi seiap pembinaan rumah adalah RM80 perkaki persegi di kawasan kampung, manakala RM120 perkaki persegi dikawasan bandar.

Walaubagaimanpun harga bagi kaki persegi itu turut dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti berikut:

A. Lokasi rumah (kampung atau bandar)
B. Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian rumah
C. Reka bentuk pelan dan fasad
D. Tanah lot rumah rata atau cerun
E. Kontraktor yang dipilih berdasarkan pengalaman, kepakaran dan hasil kualiti binaan

Anggaran kos bagi kaki persegi.
A. RM80 - 100/kp : kualiti dankemasan kurang mewah
B. RM110 - 150/kp : kualiti dan kemasan sederhana mewah
C. RM160 - 200/kp : kualiti dan kemasan mewah
D. RM210/kp keatas : kualiti dan kemasan paling mewah

Dari maklumat diatas, dibawah ini adalah contoh pengiraan bagi mendapatkan kos anggaran pembinaan rumah.


Keluasan lantai  rumah = luas lantai bersih + luas luaran berbumbung atau tiada dinding
                                  = 992kp ( 92.2mp ) + 395kp ( 36.7mp – TLK + teres terbuka) 
                                 = 1,387kp (128.9mp)  

Contoh kiraan 1           : luas lantai kasar x harga/kp
                                     = 1387kp x RM80
                                     = RM110,960.00

Contoh kiraan 2           :(luas lantai bersih x harga/kp) + (luas luaran berbumbung atau tiada dinding x 0.5 harga/kp)
                                     =(992kp x RM80)  +  (395kp x 0.5 x RM80)
                                     =RM79,360.00 + RM15,800.00
                                     =RM 95,160.00

Anda lihat, untuk membina rumah dengan keluasan kira-kira 1400kp, modal yang kita perlukan hanyalah kira-kira RM115K sahaja berbanding jika anda membeli terus dari pemaju perumahan, saya rasa harga jualan untuk rumah setingkat seperti design diatas pasti tidak kurang dari RM250K. Jika anda membina sendiri bukan sahaja dapat keluasan tanah yang lebih luas (dalam kes kami 50x100 = RM65K), malahan dengan design citarasa sendiri. Secara kasarnya jumlah keseluruhan jika kami ingin membina rumah dengan design diatas adalah masih lagi dibawah RM200K (RM115K+65K). Renung-renungkan dan selamat beramal .. :)

 NOTA KAKI : Bagi mendapatkan harga kos anggaran yg lebih tepat, kita perlu mendapatkan kos anggaran daripada minima 3kontraktor berdasarkan pelan relabentuk rumah idaman anda yg sama :)

(Rujukan : pelanbanglo.com)

Sunday 19 January 2014

Set Berpantang Alaf Baru

Berita baik buat semua ibu ibu mahupun bakal ibu, dimana hari ini saya ingin menawarkan 3 pilihan set berpantang yang pasti tidak mengecewakan anda.


Set A (RM80)


Set B (RM140)
 

 
Set C (RM260)
 
Free consultation untuk semua yang berminat, jangan tunggu lagi hubungi saya segera...terima kasih
 
 
 





Friday 17 January 2014

Kenapa Syurga Hannan 😍


SYURGA SUMAYYAH HANNAN...sebenarnya merupakan impian mama dan ayah Hannan 😊

Disebabkan kecintaan kami pada suasana kampong, kami sepakat untuk membina kehidupan @ settle down di kawasan pinggiran bandar untuk Hannan membesar bersama sama adik adiknya nanti..insyaallah 😁

      Maka bermulalah usaha mama dan ayah mensurvey rumah di kawasan pinggir bandar and to be specific kami telah survey di area Jalan Kebun iaitu sempadan shah alam dan klang. Area Sana memang suasana kampong yg kami idamkan dan pemilihan lokasi ini turut dipengaruhi oleh lokasi kebun ayah Hannan yg memang terletak berhampiran dengan jalan kebun. Kenapa perlu dekat dengan kebun???jawapannya mudah...supaya mudah kami ke kebun!!!!😝

Kalau rumah jauh dari kebun Ni, alamatnya sebulan sekali pun belum tentu boleh jenguk pokok pokok tu..rumput dah tinggi la gamaknya baru bertandang ke kebun tu..hehe
    
       Okay...berbalik pada urusan mensurvey rumah tadi....kami banyak survey Kat website mudah. Selain tu kami baca blog blog pemaju perumahan contohnya blog mfasuria.com. Banyak juga projek perumahan mereka yang telah siap dibina dan diduduki. Tak kurang juga yang dalam pembinaan dan projek masa akan datang..hmmmm cerita lanjut tentang projek mfasuria.com Ni saya akan masukkan dalam entry lain ek..ni nak sambung pasal syurga sumayyah Hannan dulu 😉

       Setelah membuat kajian mendalam dalam memiliki rumah impian..kami telah menemui jalan untuk mendapatkannya dengan harga yg mungkin lebih murah  pada saiz yg mungkin lebih besar. Buat rumah di atas tanah sendiri!!! Yeayyy nak bungalow sebiji!!!hehe.. Hmmm bunyi macam banyak wang jek ye..kikiki..bincang punya bincang kami setuju untuk buat loan dan urusan membeli tanah telah pun selesai dan ditukar nama pada penghujung tahun lepas..Alhamdulillah...☺

      Dan..Kami telah namakan banglow impian kami dengan nama syurga sumayyah Hannan. Moga tercapai hajat kami untuk memilki sebuah rumah impian yg penuh kasih sayang dan gurau senda di dalamnya...SYURGA SUMAYYAH HANNAN!!! 😍😍😍😍

tapak lot tanah 50x100

masih semak samun.. 😌

rumah jiran kami..makcik umi




Saturday 4 January 2014

Perjalanan Bermula..


 
 
Alhamdulillah..
Setelah kesekian kalinya lahirlah blog untukku mencoretkan kisah kisah untuk diingati dihari hari mendatang  ..