Monday 24 February 2014

Hannan & Scabies..

Ketika ini kesedihan sedang melanda keluarga kami. Ketika usia Hannan yang baru sahaja hampir mencapai 7 bulan, sejenis penyakit kulit mula lahir di kulit hannan. Pada awalnya ketika kami bawa bertemu dengan doktor, doktor beranggapan itu adalah Eczema. Sejenis penyakit alahan kulit yang biasa terjadi pada kanak-kanak.

 
 
 
 
 
Bermulalah sesi mengubati penyakit Hannan nih. Dari Krim sapuan Appricot, Mandian Ezzera, Centhaphil, Buds dan entah apa-apa lagi ‘Cot’ lagi pun tak tahu lah, malangnya tiada satu pun yang berkesan. Sehinggalah kaki Hannan mengalami bengkak dan bernanah.

Pada ketika ini, kerisauan semakin menjadi jadi. Kami bawa Hannan ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut. Nak tahu apa sebenarnya sakit Hannan, takkanlah eczema sampai ketahap begini. Hasilnya…
..

.. It a Kudis buta (Scabies). Rupanya selama ini sakit kulit yang dihadapi Hannan adalah Scabies bukannya Eczema. Patutlah sampai kesudah tak baik-baik. Penyakit nih mudah berjangkit, dapat dari anak pengasuh yang bersekolah di asrama yang menjangkiti adiknya yang berumur setahun 8 bulan, bernama Adam. Sebab Hannan memang bermain dengan Adam nih bila duduk dengan pengasuh. Oh.. L

 

Sedikit info mengenai Scabies

-------------------------------------------------
Scabies dewasa..mempunyai 8 kaki
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Telur scabies yang menetaskan larva scabies
 
 

Kesan scabies pada badan dan kaki

Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.

Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula

Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.

Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

 


Alhamdulillah, sekarang kudis Hannan ada menampakkan sedikit pembaikan. Moga sakitnya sembuh, dan Hannan memiliki kulit yang halus dan mulus seperti dahulunya.. amen..

 

 

Thursday 20 February 2014

We were here..BIG BAD WOLF BOOK SALE!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Walaupun dah hampir seminggu mama hannan menagguh penulisan entry ni, tapi ia akan tetap di"publish"kan untuk catatan hari2 mendatang :)

Alhamdulillah syukur sgt2 kami sekeluarga dapat menjejakkan kaki melihat kemeriahan manusia membeli buku dengan kuantiti yg sgt lah banyak pada sabtu yg lepas ( 15feb 2014 ). Mama hannan rasa lega dan bersyukur sgt2 sebab takde kes oncall sepanjang kami berada disitu...memang dari malam sebelum tu lagi dah bersungguh berdoa agar tiada panggilan dari hospital serdang...hehe lega...

Sebenarnya mama hannan berasa sgt teruja untuk ke sini..maklumlah event yg sebelum ni kami dah terlepas. Rasa terkilan tu bukan sebab apa..BIG BAD WOLF BOOK SALE ni bertempat di MINES shopping complex which is beberapa kilometer je dari rumah kami tinggal sekarang!!!! so bila tahu ia akan diadakan lagi, terus la mama hannan mengajak ayah hannan untuk datang ke sini..hehehe. orang saaangatttt ramai ok!!!!

Dan alhamdulillah sepanjang proses mencari buku2 untuk dibeli, sumayyah hannan sgt lah baik..cuma kesian la dia mengatuk sampai tertidur dalam dukungan ayahnya..manja ayah budak tu!!!
(rugi pulak tak capture photo hannan tertidur time tu..lama gak dia tidur)

Berbalik pada BIG BAD WOLF BOOK SALE..secara jujurnya, mama hannan sgt lah terkejut bila tgk harga yg terpampang pada buku2 yg dijual pada masa tu. Sangat banyak pilihan buku yg ada. Sangat murah pula harganya. Patutla hampir kesemua manusia yg datang membawa bersama  beg balik kampung yg besar2 tu!!!! ok..ini antara pengajaran yg mama hannan nak share dengan semua kawan2..dengan harga buku serendah RM3, memang kita perlu bawa beg beroda apabila ke BIG BAD WOLF BOOK SALE  ok!! senang nak angkut bawa balik nanti. kalau tak, kena pinjam kotak yg pihak penganjur sediakan tu aje la =)

Jom layan gambar2 koleksi buku yang sempat disambar!! :)
Hampir kesemuanya milik sumayyah hannnan...ada la sebuah dua untuk mama dan ayah..mungkin next time kalau ada lagi event macam ni, cari untuk mama dengan ayah pulak ok.

nampak tak buku "house in the sun " tu? hanya itu buku ayah dan mama. yg lain koleksi hannan :)
 
teruja tengok buku yg penuh dengan warna!!!


                                  tak tahu nak buka buku yg mana dulu..canan..canan...


                                 buku yg diperbuat daripada kain menjadi pilihan utama
                                                   

                 ooooppssss.....dah penat baca buku..tak boleh paksa2..nanti nangis..hehe


Akhirnya hampir jam3 petang kami selamat tiba di rumah. Masa untuk rehat. Sempat la ambil gambar hannan excited dengan buku2 nya. Tapi mama rehat sekejap je...jam 3.50 petang, hospital pun call inforn satu kes dari green zone:- 2years/malay/boy alleged "laceration wound at upper lip". So mama terpaksa tinggalkan hannan dengan ayah dia untuk beri laluan pada mama membuat kerja2 jahitan di hospital.....

# persoalan yg selalu bermain di minda:- sampai bilakah saya perlu on call?? saya tak minat oncall.





Sunday 2 February 2014

Set Ibu Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman teman.

Hari ni saya kongsi set kehamilan shaklee yang amat penting untuk para ibu yang sedang hamil serta janin di dalam kandungan :)

Jom cuci mata..

Sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat, boleh hubungi kami,
 1) Hasni Hazura Hamdan   -0192798136
 2) Mohd Sani Johari.          -0192779893



 
 
Vita-Lea adalah multivitamin yang jauh lebih baik dari Obimin. Ia membantu melengkapkan kekurangan nutrient ibu mengandung yang banyak diserap oleh bayi. Keistimewaan Vita-Lea ia mengandungi iron formula yang membantu mencegah anemia yang sering dialami oleh wanita hamil. 

B-Complex Shaklee ada mengandungi tambahan acid folic yang sesuai untuk ibu mengandung. Semua sedia maklum, acid folic adalah sangat penting untuk mencegah kecacatan pada bayi. Ia juga membantu ibu mengandung untuk lebih bertenaga dan mengurangkan tekanan perasaan ketika mengandung.

Vita-C membantu mengaktifkan acid folic dan meningkatkan kadar penyerapan zat besi buat ibu mengandung. Ia juga membantuk meningkatkan antibodi ibu mengandung supaya tidak mudah jatuh sakit. Menurut doctor, wanita akan mengalami penurunan antibodi ketika mengandung. 


OsteMatrix untuk menyokong bekalan kalsium dalam tubuh. Bayi memerlukan kalsium yang tinggi untuk pembentukan tulang, sistem saraf, otot dan hati yang sihat. Bayi akan mendapatkan bekalan kalsium ini dari tubuh ibunya, maka wanita mengandung perlu sentiasa memastikan jumlah kalsium adalah mencukupi untuk keperluan bayi dan untuk ibu itu sendiri. OsteMatrix juga boleh mencegah masalah kejang atau simpul biawak yang sering dialami oleh ibu mengandung. 

 
OmegaGuard adalah pengganti untuk supplement NeuroGain saya semasa kandungan pertama dahulu. Ia mengandungi DHA dan EPA untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan.


Untuk tambahan...boleh juga ambil ESP dan zinc complex :)

Zinc Complex dapat membantu untuk improve pregnancy outcome. Outcomes tu termasuklah lahir tak cukup bulan, pregnancy induced hypertension,prelabour rupture of membranes, post-term pregnancy, neonatal jaundice dan banyak lagi.
 
ESP pula membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Keperluan protein meningkat ketika wanita sedang mengandung kerana protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.
 
 
Semua ibu ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak anak anda kan. Jadi, segalanya di tangan anda. Moga kandungan ibu ibu sihat selalu dan dipermudahkan urusan bersalin nanti ya :)
 
 
P/s : Set kehamilan di atas juga boleh didapati dalam bentuk pek percubaan a.k.a trial pack. Apa yang penting, saya SID yang mengikut keperluan dan bajet anda :)
 
 
 
 
 

Monday 27 January 2014

Setiap Yang Bernyawa Pasti Merasa Mati

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

 
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
 

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.


Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
 

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati 'amma ya sifun wassallamu 'alalmursalin walhamdulillahi rabbil 'alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati –

 “Kullu nafsin zaa iqatul maut”

Semalam 26 Januari 2014 @ 24 Rabiulawal 1435 H....telah kembalinya datuk di sebelah emak ke rahmatullah...Moga rohnya tenang di sana..ameen...





Tuesday 21 January 2014

Kembara Menyusukan Hannan

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Since ini entry pertama saya tentang kembara menyusukan sumayyah hanan, saya nak kongsi beberapa perkara terlebih dahulu sebelum kita mengembara lebih jauh ya ♥

Buat kawan kawan yang tengah menunggu si comel anda keluar dari alam rahimnya untuk melihat dunia, berniatlah dari sekarang untuk menyusukan si comel anda itu dengan susu ibu. Ini kerana :-
Susu ibu adalah susu terbaik di dunia..
Susu ibu adalah anugerah terindah dari allah swt..
Susu ibu adalah hak setiap anak yg dilahirkan di dunia ini..

Seterusnya berdoalah agar dimurahkan rezeki anak anda untuk menikmati susu ibunya hingga usianya 2tahun.
Ini antara doa yang saya amalkan sejak saya mula mula mengandung dulu..masa tu baru buat UPT and it was positive!!! Alhamdulillah doa saya dan suami untuk memperolehi zuriat sebagai penyejuk mata dan sebagai mata mata rantai perjuangan rasulullah saw diperkenankan allah swt.

     " Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah urusanku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Ameen.."

Selain daripada itu, surah al Hujurat juga antara surah yang sering saya amalkan ketika mengandung dan selalu lah berdoa agar allah swt murahkan rezeki kita, anak kita, dan banyakkan susu kita :)

Last but not least....peranan suami juga amat amat amat penting dalam menjayakan misi kembara ini. Betapa saya menekankan peranan ayah hannan kan..hehehe. Insyaallah saya akan ulas hal ini dalam entry yang lain k :)

Moga allah memberkati niat dan usaha kita.



Lunch time semalam punya cerita


*Sekarang ni asyik pening pening dan loya loya la...adakah???? Jeng jeng jeng.... @_@