Tuesday 21 January 2014

Kembara Menyusukan Hannan

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Since ini entry pertama saya tentang kembara menyusukan sumayyah hanan, saya nak kongsi beberapa perkara terlebih dahulu sebelum kita mengembara lebih jauh ya ♥

Buat kawan kawan yang tengah menunggu si comel anda keluar dari alam rahimnya untuk melihat dunia, berniatlah dari sekarang untuk menyusukan si comel anda itu dengan susu ibu. Ini kerana :-
Susu ibu adalah susu terbaik di dunia..
Susu ibu adalah anugerah terindah dari allah swt..
Susu ibu adalah hak setiap anak yg dilahirkan di dunia ini..

Seterusnya berdoalah agar dimurahkan rezeki anak anda untuk menikmati susu ibunya hingga usianya 2tahun.
Ini antara doa yang saya amalkan sejak saya mula mula mengandung dulu..masa tu baru buat UPT and it was positive!!! Alhamdulillah doa saya dan suami untuk memperolehi zuriat sebagai penyejuk mata dan sebagai mata mata rantai perjuangan rasulullah saw diperkenankan allah swt.

     " Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah urusanku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Ameen.."

Selain daripada itu, surah al Hujurat juga antara surah yang sering saya amalkan ketika mengandung dan selalu lah berdoa agar allah swt murahkan rezeki kita, anak kita, dan banyakkan susu kita :)

Last but not least....peranan suami juga amat amat amat penting dalam menjayakan misi kembara ini. Betapa saya menekankan peranan ayah hannan kan..hehehe. Insyaallah saya akan ulas hal ini dalam entry yang lain k :)

Moga allah memberkati niat dan usaha kita.



Lunch time semalam punya cerita


*Sekarang ni asyik pening pening dan loya loya la...adakah???? Jeng jeng jeng.... @_@





3 comments: