Monday 24 February 2014

Hannan & Scabies..

Ketika ini kesedihan sedang melanda keluarga kami. Ketika usia Hannan yang baru sahaja hampir mencapai 7 bulan, sejenis penyakit kulit mula lahir di kulit hannan. Pada awalnya ketika kami bawa bertemu dengan doktor, doktor beranggapan itu adalah Eczema. Sejenis penyakit alahan kulit yang biasa terjadi pada kanak-kanak.

 
 
 
 
 
Bermulalah sesi mengubati penyakit Hannan nih. Dari Krim sapuan Appricot, Mandian Ezzera, Centhaphil, Buds dan entah apa-apa lagi ‘Cot’ lagi pun tak tahu lah, malangnya tiada satu pun yang berkesan. Sehinggalah kaki Hannan mengalami bengkak dan bernanah.

Pada ketika ini, kerisauan semakin menjadi jadi. Kami bawa Hannan ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut. Nak tahu apa sebenarnya sakit Hannan, takkanlah eczema sampai ketahap begini. Hasilnya…
..

.. It a Kudis buta (Scabies). Rupanya selama ini sakit kulit yang dihadapi Hannan adalah Scabies bukannya Eczema. Patutlah sampai kesudah tak baik-baik. Penyakit nih mudah berjangkit, dapat dari anak pengasuh yang bersekolah di asrama yang menjangkiti adiknya yang berumur setahun 8 bulan, bernama Adam. Sebab Hannan memang bermain dengan Adam nih bila duduk dengan pengasuh. Oh.. L

 

Sedikit info mengenai Scabies

-------------------------------------------------
Scabies dewasa..mempunyai 8 kaki
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Telur scabies yang menetaskan larva scabies
 
 

Kesan scabies pada badan dan kaki

Scabies adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh infestasi hama anthropod yang dikenali sebagai Sarcoptes scabie. Penyakit ini disebarkan melalui pendedahan yang berpanjangan kepada mereka yang mengidap scabies ini.

Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula

Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit.

Rawatan adalah dengan memberi ubat sapu (untuk membunuh scabies dewasa, larva dan telur) pada seluruh anggota badan (leher ke bawah) yang perlu disapu pada waktu malam untuk 3 malam berturut-turut dan dibiarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Adalah penting untuk merawat anggota keluarga yang tinggal serumah bagi mengelakkan jangkitan ini daripada berulang. Pakaian, selimut, sarung bantal serta apa-apa yang dipakai perlulah dicuci dan direndam dalam air panas mendidih untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.

 


Alhamdulillah, sekarang kudis Hannan ada menampakkan sedikit pembaikan. Moga sakitnya sembuh, dan Hannan memiliki kulit yang halus dan mulus seperti dahulunya.. amen..

 

 

2 comments: